Friday 16 September 2016

BELAJAR DARI ALAM

Tanpa kita sedari semakin canggih teknologi memudahkan kehidupan kita. Mana datangnya idea kepada percambahan teknologi ini? Belajarlah lihat sekeliling kamu, maka bukan sahaja kamu akan dapat belajar sesuatu malahan dapat PAHALA lagi kerana mengkaji ciptaan Allah. Semoga Bermanfaat!!!

" Biomimikri " atau " Biomimetik ."


-          - Mengambil inspirasi daripada alam semula jadi untuk menyelesaikan masalah manusia.
-           - Biomimetik (biomimetics) adalah istilah yang digunakan untuk memberi erti kepada material,            
          mekanisme dan sistem yang dibuat oleh manusia dengan jalan meniru reka bentuk  dan sistem yang  
          terdapat di alam, terutama untuk bidang-bidang: robotik, teknologi nano, pembuatan, dan pertahanan.
       - Dalam bahasa mudahnya, kita tiru konsep dari rekabentuk yang terdapat dari alam semulajadi untuk 
          jadikan sesebuah produk. 
       - Contohnya konsep burung untuk buat kapal terbang. 



KUPU-KUPU



Konsep Transmitter(pemancar) menghantar signal dan antenna(penerima) signal. Jika pernah kita lihat kupu-kupu masuk ke dalam rumah kita dan kemudiannya seolah-olah tidak duduk diam sehingga mengirim isyarat rahsia kepada pasangannya. Tidak lama kemudian kita dapat saksikan sepasang rama-rama berterbangan dalam rumah. Persoalannya, adakah mereka punyai transmitter dan antenna?



 


No comments:

Post a Comment