Monday 26 September 2016

Makna sebenar KAFIR yang kita selalu sebut


KAFIR
Pengertian kafir pada bahasa bermakna ingkar. Manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud tidak ada kepercayaan pada salah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib dipercayai akan dihukumkan kafir, tidak kira sama ada ia ada mempercayai kepercayaan agama lain atau tidak.



Kafir merupakan gelaran bagi orang-orang yang tidak mempercayai Islam. Jika mereka mahumemeluk agama Islam, mereka hendaklah mengucap dua kalimah syahadah. Orang kafir yang memeluk agama Islam dianggap bersih daripada dosa.Orang yang mati dalam keadaan kafir akan di kekalkan oleh Allah dalam neraka.


Jenis-jenis kafir dalam hubungannya dengan pemerintahan Islam :
-kafir harbi = orang kafir yang melancarkan serangan atau mengisytiharkan perang terhadap orang Islam atau Negara Islam. Mereka ini wajib diperangi.
-kafir zimmi = orang kafir yang tinggal di negara Islam dan mereka ini taat setia kepada pemerintahan Islam sebagai tanda menjadi rakyat di negara berkenaan. Mereka ini boleh di kenakan cukai (jizyah) dan wajib di lindungi.
-kafir mu ‘aahad = orang kafir yang membuat perjanjian dan hubungan diplomatik dengan negara Islam. Mereka tidak boleh di cerobohi selagi mereka mematuhi syarat-syarat perjanjian.
-kafir mustakman = orang kafir yang mendapat perlindungan di bawah pemerintahan Islam. Mereka boleh di kenakan bayaran ufti sebagai syarat mendapat perlindungan. Mereka wajib di lindungi dan tidak boleh di cerobohi.
kalau kafir tu maknanya ingkar meninggalkan solat, dedah aurat, dan perbuatan ingkar lain boleh digelar kafir tak?

Friday 16 September 2016

BELAJAR DARI ALAM

Tanpa kita sedari semakin canggih teknologi memudahkan kehidupan kita. Mana datangnya idea kepada percambahan teknologi ini? Belajarlah lihat sekeliling kamu, maka bukan sahaja kamu akan dapat belajar sesuatu malahan dapat PAHALA lagi kerana mengkaji ciptaan Allah. Semoga Bermanfaat!!!

" Biomimikri " atau " Biomimetik ."


-          - Mengambil inspirasi daripada alam semula jadi untuk menyelesaikan masalah manusia.
-           - Biomimetik (biomimetics) adalah istilah yang digunakan untuk memberi erti kepada material,            
          mekanisme dan sistem yang dibuat oleh manusia dengan jalan meniru reka bentuk  dan sistem yang  
          terdapat di alam, terutama untuk bidang-bidang: robotik, teknologi nano, pembuatan, dan pertahanan.
       - Dalam bahasa mudahnya, kita tiru konsep dari rekabentuk yang terdapat dari alam semulajadi untuk 
          jadikan sesebuah produk. 
       - Contohnya konsep burung untuk buat kapal terbang. 



KUPU-KUPU



Konsep Transmitter(pemancar) menghantar signal dan antenna(penerima) signal. Jika pernah kita lihat kupu-kupu masuk ke dalam rumah kita dan kemudiannya seolah-olah tidak duduk diam sehingga mengirim isyarat rahsia kepada pasangannya. Tidak lama kemudian kita dapat saksikan sepasang rama-rama berterbangan dalam rumah. Persoalannya, adakah mereka punyai transmitter dan antenna?